- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,200 jangkitan, 5 lagi terkorban

23,557 kes aktif direkodkan di mana 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak bermain buaian di pantai Kampung Mengkabang Telipot, Kuala Terengganu. Pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka.
Kanak-kanak bermain buaian di pantai Kampung Mengkabang Telipot, Kuala Terengganu. Pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka.

2,231 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,863,457 kes.

Sebanyak 1,473 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,803,485.

Ketika ini, 23,557 kes aktif direkodkan di mana 22,547 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 976 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 34 kes dan 21 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima lagi kematian termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital dicatatkan menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,415 orang.