Amaran angin kencang, laut bergelora di Laut China Selatan mulai esok
Angin kencang dengan ombak setinggi 3.5m dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.
Terkini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan Laut China Selatan esok hingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5m dijangka berlaku di perairan Timur Condore, Reef North, Layang-Layang, Pelawan dan Labuan.
MetMalaysia menasihatkan orang awam di kawasan terlibat supaya lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
"Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui lawan web, aplikasi mobil MyCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia serta talian hotline 1-300-22-1638," menurut kenyataan itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.