- Iklan -
Berita

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan

Amaran tahap waspada itu dijangka berterusan sehingga esok.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai bergegas melintas jalan sambil berlari sebaik sahaja hujan turun di Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Orang ramai bergegas melintas jalan sambil berlari sebaik sahaja hujan turun di Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sarawak, Sabah dan Labuan hari ini hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 8.10 pagi ini, kawasan di Sarawak melibatkan sekitar Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) serta Limbang.

Sementara di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.