- Iklan -
Berita

Bajet 2023 akan dibentang sekali lagi sebelum akhir tahun, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 perlu dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat agar semua inti pati yang terkandung dalam belanjawan persekutuan itu dapat dilaksanakan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan peserta program Felcra dan Risda di Arena Merdeka, Tapah hari ini. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan peserta program Felcra dan Risda di Arena Merdeka, Tapah hari ini. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Bajet 2023 akan dibentangkan sekali lagi sebelum akhir tahun ini.

Beliau berkata Bajet 2023 perlu dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat agar semua inti pati yang terkandung dalam belanjawan persekutuan itu dapat dilaksanakan.

“Kita dah umumkan bajet. Macam-macam kita hendak bagi kepada rakyat. Semua kita nak bagi ini tetapi kita belum luluskan lagi bajet (Bajet 2023),” katanya ketika berucap merasmikan Ramah Mesra Perdana Menteri bersama peserta Felcra, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan warga Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah hari ini.

Ismail berjanji akan melaksanakan segala inisiatif dalam Bajet 2023 jika terus diberi mandat sebagai Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kalau orang lain perintah, saya tak jamin dapat apa yang dijanjikan. Ada beza antara bajet yang dibentang, tidak dilulus dengan manisfesto. Manifesto ini janji.

“Tetapi bajet apabila dibentangkan, bermakna duit telah tersedia. Itu beza. Duit sudah ada cuma tunggu lulus sahaja untuk laksana,” katanya.

Pada 7 Oktober lepas, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz membentangkan Bajet 2023 yang melibatkan peruntukan RM372.3 bilion.

Ia bagaimanapun belum dilulus atau dibahaskan di Dewan Rakyat susulan Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lepas oleh Ismail selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.