- Iklan -
Berita

Majikan perlu beri kelonggaran kepada pekerja untuk keluar mengundi

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata ia hak setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi dan menunaikan kewajipan mereka.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengundi beratur menunggu giliran membuang undi di Muar pada hari pengundian di Johor Mac lalu.
Pengundi beratur menunggu giliran membuang undi di Muar pada hari pengundian di Johor Mac lalu.

Majikan perlu memberikan kelonggaran atau cuti kepada pekerja jika hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jatuh pada hari bekerja, kata Menteri Sumber Manusia M Saravanan.

Beliau berkata ini kerana adalah menjadi hak setiap warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi dan menunaikan kewajipan mereka.

“Majikan perlu akur pada arahan kerajaan. Mereka perlu benarkan pekerja keluar mengundi. Sama ada dengan cuti peristiwa, cuti ganti atau cuti beberapa jam,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali di sini hari ini.

Beliau berkata mana-mana majikan yang gagal berbuat demikian akan diambil tindakan mengikut peraturan-peraturan tertentu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt ini bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okt.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi