- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 1,200 jangkitan, 6 lagi terkorban

23,070 kes aktif direkodkan di mana 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka ketika keluar bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan.
Orang ramai masih memakai pelitup muka ketika keluar bagi mengelak jangkitan Covid-19 walaupun pemakaiannya tidak lagi diwajibkan.

1,210 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,868,402 kes.

Sebanyak 2,026 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,808,909.

Ketika ini, 23,070 kes aktif direkodkan di mana 22,002 atau 95.4% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,002 (4.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 43 kes dan 24 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam kematian dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 36,423 orang.