- Iklan -
Berita

Pakar anti keganasan jelaskan mengapa Malaysia jadi pilihan agensi perisikan

Cubaan menculik seorang warga Palestin baru-baru ini yang dipercayai didalangi Mossad bukan insiden pertama nama Malaysia terbabit dalam konflik dunia.

Ahmad Mustakim Zulkifli
3 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita berjalan melalui iklan pelancongan di Kuala Lumpur pada 8 April 2014. Pakar anti keganasan berkata  ada beberapa faktor yang menyebabkan Malaysia jadi pilihan sebagai tempat merekrut agen oleh badan perisikan luat. Gambar: AFP
Seorang wanita berjalan melalui iklan pelancongan di Kuala Lumpur pada 8 April 2014. Pakar anti keganasan berkata ada beberapa faktor yang menyebabkan Malaysia jadi pilihan sebagai tempat merekrut agen oleh badan perisikan luat. Gambar: AFP

Pakar anti keganasan memberi amaran Malaysia menjadi sasaran di bawah radar perngintipan dan perkhidmatan rahsia yang mempunyai kaitan dengan kerajan luar ketika negara digemparkan insiden penculikan gagal menyasarkan seorang lelaki Palestin dikehendaki agensi perisikan Israel, Mossad. 

Mohd Mizan Aslam berkata dasar Malaysia yang secara terbuka menyokong perjuangan Palestin, selain masyarakat Islam Rohingya dan Mindanao, mungkin menjadi punca negara ini terdedah dengan kejadian sedemikian. 

"Ia tidak disenangi sesetengah negara," kata Mizan yang membuat kajian luas isu-isu keganasan dan ekstremisme di negara-negara Timur Tengah kepada MalaysiaNow.

Minggu lalu, 11 individu didakwa menculik Omar ZM Albelbaisy Raeda, seorang pereka program komputer Palestin yang Israel percaya bekerja untuk Hamas.

The New Straits Times melaporkan sekumpulan warga Malaysia yang dipercayai diupah oleh Mossad menahan Omar dan seorang lagi warga Palestin di pusat bandar Kuala Lumpur.

Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam kenderaan dan dibawa ke bilik hotel untuk disoal siasat melalui panggilan video dari Tel Aviv.

Bagaimanapun serbuan polis ke bilik hotel berjaya membebaskan mangsa dan menahan lebih 10 lagi individu.

Insiden itu menimbulkan persoalan mengenai rangkaian rejim Zionis dalam usaha menghentikan musuhnya di seluruh dunia, selepas empat tahun lalu operasi Israel yang serupa menyaksikan pembunuhan seorang aktivis Palestin di Kuala Lumpur.

Fadi al-Batsh, seorang jurutera yang dikaitkan dengan Hamas dan dikehendaki Israel, ditembak orang dua suspek beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.

Bagaimanapun, beberapa kes berprofil tinggi berhubung kerajaan luar dan pengintipan buka perkara baru dalam negara.

Pada 1981, Siddiq Mohamad Ghouse yang merupakan pembantu timbalan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, ditahan dan dituduh menjadi rekrut agensi risikan Kesatuan Soviet, KGB.

Penahanan itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Dr Mahathir Mohamad menggantikan Hussein Onn sebagai perdana menteri.

Kerajaan kemudiannya membuang tiga pegawai Kedutaan Soviet kerana mengintip.

Pada 2017, dunia turut digemparkan dengan pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin diktator, di mana ia dijalankan oleh dua wanita yang diupah Pyongyang, Korea Utara Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Insiden itu mencetuskan krisis diplomatik, dengan Malaysia memutuskan hubungan dengan Korea Utara dan menghantar pulang diplomat mereka.

Faktor yang dinilai untuk rekrut

Menurut Mizan, diaspora yang besar warganegara tertentu di Malaysia, menjadikan negara ini sebagai sasaran kerajaan luar yang mempunyai kepentingan.  

"Dasar imigresen yang mesra kepada mana-mana penduduk dunia diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk melakukan kegiatan subversif dan risikan di negara ini.

“Beliau berkata agensi risikan luar seperti Mossad, dan CIA diketahui sering menjadikan rakyat pelbagai warganegara sebagai protege untuk operasi tertentu. 

“Malah kemungkinan untuk rakyat Malaysia dijadikan agen di negara luar juga tidak dapat dinafikan sebagaimana Aisyah, warganegara Indonesia yang dijadikan agen atau mangsa oleh perisik Korea Utara," jelasnya merujuk seorang atau dua wanita yang didakwa membunuh Jong Nam

Pendakwa raya Malaysia bagaimanapun menggugurkan tuduhan membunuh terhadap Siti Aisyah dan Doan Thi Huong, di mana kedua-dua mereka dirakam CCTV ketika menyerang Jong-nam dengan bahan kimia.

Mizan turut berkata status pasport Malaysia yang diterima lebih seratus negara di dunia, menjadikan warga tempatan adalah sasaran yang berharga untuk direkrut agensi perisikan asing.

Menurut Indeks Kedudukan Pasport Dunia (Guide Passport Ranking Index), pasport Malaysia ketika ini berada di kedudukan ranking ke-12 dalam kalangan pasport antarabangsa di mana pemegangnya dibenarkan untuk masuk ke 182 negara.

Mizan turut berkata keupayaan pasukan keselamatan negara mengekang kemasukan agen luar turut menjadikan tindakan merekrut warga tempatan untuk menjalankan operasi menjadi pilihan agensi risikan asing di mana mereka memberikan tawaran penerbangan, percutian dan latihan.

Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar baru-baru ini memetik "sumber Malaysia yang mempunyai maklumat” sebagai berkata bahawa siasatan telah menemui "sel Mossad" di dalam negara, mengintip beberapa laman sesawang strategik selain menggodam syarikat kerajaan.

Dalam pada itu, polis menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

Mizan juga turut meningatkan bagaimana Malaysia menjadi tempat pertemuan sebahagian dalang yang merancang serangan 11 September di AS pada 2001.

Beliau berkata dari segi geografi, Malaysia terletak di tengah-tengah antara beberapa titik konflik.

Beliau juga berkata agensi keselamatan perlu memantau individu-individu berprofil tinggi yang masuk ke dalam negara dan dilihat menjadi sasaran kerajaan asing.

"Sudah sampai masanya membuat pernyataan secara terbuka bahawa menjadi agen luar adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan menurut kanun keseksaan atau mana-mana peruntukan yang dirasakan perlu," katanya.