- Iklan -
Berita

Kes jangkitan baru turun bawah 1,800, 3 lagi terkorban

26,994 kes aktif direkodkan di mana 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,737 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,883,796 kes.

Sebanyak 2,118 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,820,355.

Ketika ini, 26,994 kes aktif direkodkan di mana 25,900 atau 95.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,042 (3.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 52 kes dan 19 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,447 orang.