- Iklan -
Berita

Amirudin membisu, pembantu nafi dakwaan Azmin berhubung pencalonan di Gombak

Jay Jay Denis berkata penyandang kerusi Gombak itu menipu mengenai dakwaan MB Selangor bimbang bakal ‘disembelih’ di Gombak.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pegawai Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Jay Jay Denis.
Pegawai Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Jay Jay Denis.

Seorang pembantu Amirudin Shari menafikan menteri besar Selangor memberitahu pemimpin Bersatu, Mohamed Azmin Ali bahawa beliau dihantar untuk bertanding menentang penyandang kerusi Gombak itu adalah “untuk disembelih".

Jay Jay Denis berkata dakwaan Azmin adalah "satu lagi dalam siri penipuan beliau sejak Februari 2020".

“Azmin harus mula insaf kerana rakyat sedang menilai dan akan menolak pemimpin tidak bermaruah yang tidak mampu bercakap benar,” katanya kepada MalaysiaNow dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam pada itu, mesej yang dihantar kepada Amirudin tidak mendapat sebarang maklum balas, walaupun teks melalui aplikasi WhatsApp menunjukkan ia sudah dihantar dan dibaca.

Semalam, Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi isyarat kuat bahawa Amirudin, yang sering dilihat sebagai protege Azmin ketika beliau menjadi timbalan presiden parti itu, bakal bertanding di Gombak.

Bagaimanapun, awal minggu ini, Azmin yang merupakan penyandang tiga penggal kerusi Gombak itu berkata Amirudin menghubunginya bulan lalu bagi memberitahu  agenda sebenar di sebalik pencalonannya di sana.

"Dia kata, 'Aku disuruh bertanding di Gombak. Aku tau Min, ini dia nak sembelih aku di Gombak'," katanya sebuah acara Perikatan Nasional (PN) yang dianjurkan PAS di Taman Melewar, Gombak, merujuk perbualannya dengan Amirudin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.