- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,100 jangkitan, 6 lagi terkorban

27,233 kes aktif direkodkan di mana 26,060 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Dua orang lelaki memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Dua orang lelaki memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan Masjid Jamek Kuala Lumpur.

2,136 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,887,675 kes.

Sebanyak 1,695 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,823,984.

Ketika ini, 27,233 kes aktif direkodkan di mana 26,060 atau 95.7% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,125 (4.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 48 kes dan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Enam lagi kematian dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,458 orang.