- Iklan -
Berita

Jalan tutup, pengguna SPRINT diminta guna jalan alternatif hingga Mac

Pengguna dicadangkan menggunakan empat jalan alternatif bagi mengurangkan impak trafik.

Bernama
2 minit bacaan
Kongsi
Pengguna Lebuhraya SPRINT diminta menggunakan laluan alternatif untuk beberapa bulan akan datang berikutan pembinaan struktur bertingkat. Gambar: AFP
Pengguna Lebuhraya SPRINT diminta menggunakan laluan alternatif untuk beberapa bulan akan datang berikutan pembinaan struktur bertingkat. Gambar: AFP

Pengguna Lebuhraya SPRINT diminta menggunakan laluan alternatif di beberapa kawasan terlibat dengan penutupan jalan lebuh raya itu susulan pembinaan jejambat bertingkat baru oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mulai esok hingga Mac tahun depan. 

Ketua Jabatan Komunikasi Lebuhraya SPRINT Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata situasi itu melibatkan pengguna dari Petaling Jaya yang mengikuti laluan kanan ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di persimpangan Maarof. 

Turut terlibat, laluan dari Petaling Jaya menghala ke Kuala Lumpur melalui Pusat Bandar Damansara iaitu Jalan Johar, Jalan Beringin dan Jalan Semantan. 

"Laluan ke kanan untuk kenderaan dari Petaling Jaya ke Jalan Maarof menghala ke Bangsar di Persimpangan Maarof akan ditutup dan kenderaan akan dilencongkan ke kiri melalui Jalan Johar - Jalan Beringin - Jalan Damanlela - Jalan Damansuria - SPRINT menghala ke Petaling Jaya dan seterusnya ke kanan menggunakan jalan susur baru di hadapan projek pembinaan Pavilion. 

"Lencongan trafik ini dijangka meruncingkan kesesakan trafik pada waktu puncak  bagi kenderaan dari Petaling Jaya atau Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE)/ke Kuala Lumpur dari persimpangan Maarof sehingga ke persimpangan Semantan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menasihatkan pengguna lebuh raya untuk menggunakan empat cadangan laluan alternatif bagi mengurangkan impak trafik di kawasan tersebut akibat penutupan jalan.

Empat laluan alternatif itu adalah Hubungan Damansara–Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)–Penchala Link–Jalan Duta–Jalan Tuanku Abdul Halim–Jalan Kuching atau Hubungan Damansara- Hubungan Kerinchi–Jalan Duta–Jalan Tuanku Abdul Halim–Jalan Kuching.

Laluan alternatif lain meliputi Hubungan Damansara–Hubungan Kerinchi–Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 ( FHR2)–Jalan Syed Putra–Jalan Kinabalu dan Hubungan Damansara– alan Dato Abu Bakar–Jalan Universiti –FHR2–Jalan Syed Putra–Jalan Kinabalu. 

Pemandu juga diminta untuk memberikan kerjasama dan mematuhi arahan papan tanda lencongan trafik serta menggunakan laluan alternatif yang dicadangkan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.