- Iklan -
Berita

Kes harian hampir mencecah 3,300 jangkitan, 1 lagi terkorban

30,055 kes aktif direkodkan di mana 95.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengunjungi Muzium Negara di Kuala Lumpur. Pengunjung masih memakai pelitup muka bagi melindungi diri dari jangkitan Covid-19.
Orang ramai mengunjungi Muzium Negara di Kuala Lumpur. Pengunjung masih memakai pelitup muka bagi melindungi diri dari jangkitan Covid-19.

3,296 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,893,733 kes.

Sebanyak 1,960 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,827,21.

Ketika ini, 30,055 kes aktif direkodkan di mana 28,721 atau 95.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,276 (4.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 58 kes dan 35 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,463 orang.