Annuar tidak dicalonkan hanya khabar angin, kata BN Kelantan
Ketua BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub berkata senarai calon Parlimen di Kelantan termasuk Ketereh sudah dihantar dan akan diputuskan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Terkini
Dakwaan kononnya penyandang Parlimen Ketereh Annuar Musa tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah khabar angin, kata Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.
Jazlan berkata beliau telah menghantar senarai calon kerusi Parlimen di Kelantan termasuk Ketereh, dan segala keputusan mengenai calon yang bertanding akan diputuskan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
“Tugas saya sudah selesai dan selebihnya kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk tentukan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang menyatakan Annuar yang juga menteri komunikasi dan multimedia, tidak dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Ketereh pada PRU15.
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera BN Kelantan yang dihadiri lebih 3,000 penyokong dan pimpinan bahagian negeri semalam, Jazlan berkata BN Kelantan berpotensi memenangi lebih daripada sembilan kerusi Parlimen, yang disasarkan pada PRU15.
“Saya pernah kata kita sasarkan sembilan kerusi, tapi mungkin boleh menang lebih daripada itu sebab sambutan daripada pengundi di negeri ini sangat memberangsangkan,” katanya.
Pada PRU14, BN Kelantan memenangi lima daripada 14 kerusi Parlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 November, penamaan calon 5 November dan pengundian awal pada 15 November.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.