- Iklan -
Berita

Kes harian kekal bawah 3,000 jangkitan, 3 lagi terkorban

31,747 kes aktif direkodkan di mana 95.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana penumpang yang bergegas di KL Sentral di ibu negara.
Suasana penumpang yang bergegas di KL Sentral di ibu negara.

2,913 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,905,877 kes.

Sebanyak 2,599 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,837,652.

Ketika ini, 31,747 kes aktif direkodkan di mana 30,257 atau 95.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,430 (4.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 60 kes dan 43 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga lagi kes kematian dicatatkan  termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,478 orang.