3,969 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,909,846 kes.
Sebanyak 2,696 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,840,348.
Ketika ini, 33,018 kes aktif direkodkan di mana 31,458 atau 95.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.
Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,497 (4.5%) kes dimasukkan ke hospital.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 63 kes dan 47 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dua lagi kes kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,480 orang.