- Iklan -
Berita

Penamaan calon ditamatkan, kempen PRU15 bermula

Tempoh kempen pilihan raya selama 14 bermula hari ini dan akan berakhir pada tengah malam 18 November.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Polis memantau situasi proses penamaan calon di pusat penamaan calon Parlimen Ketereh di Kota Bharu, Kelantan hari ini. Gambar: Bernama
Polis memantau situasi proses penamaan calon di pusat penamaan calon Parlimen Ketereh di Kota Bharu, Kelantan hari ini. Gambar: Bernama

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang bermula 9 pagi tadi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara selesai apabila kesemua pusat berkenaan ditutup secara rasminya pada 10 pagi ini.

PRU15 membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Pahang (42) dan Perlis (15) serta turut diadakan serentak ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Bugaya, Sabah.

Sebaik sahaja pengisytiharan calon-calon yang bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai dilakukan, aktiviti kempen PRU15 selama 14 hari bermula secara rasmi hingga 11.59 malam, 18 November nanti.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dijangka mengadakan sidang media pada 12 tengah hari ini di Menara SPR, di sini, bagi merumuskan proses penamaan calon yang dijalankan di seluruh negara.

SPR menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi