- Iklan -
Berita

Isnin cuti umum jika PN menang PRU, kata Muhyiddin

Bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor cuti umum akan diisytiharkan pada Ahad.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang sukarelawan memasang bendera Perikatan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November.
Seorang sukarelawan memasang bendera Perikatan Nasional sempena kempen Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November.

Perikatan Nasional (PN) akan mengisytiharkan cuti umum pada hari Isnin sekiranya gabungan itu berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November yang jatuh pada hari Sabtu. 

Pengerusinya, Muhyiddin Yassin berkata beliau mengetahui ramai yang mahu keluar mengundi pada PRU15 ini.

"Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. 

"Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman atau di tempat lain daripada tempat tinggal mereka," kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin sebelum menutup pembentangan manifesto PN pada Ahad malam. 

Pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh hadirin yang hadir termasuk tepukan gemuruh daripada barisan pemimpin utama parti-parti komponen PN. 

Muhyiddin menambah, bagi negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor cuti umum akan diisytiharkan pada Ahad.

"Ini membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada hari Ahad atau Isnin." 

PRU15 kini dalam tempoh kempen selama dua minggu bermula semalam dan akan berakhir pada tengah malam 18 November. 

Pengundian awal akan dijalankan pada 15 November.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi