- Iklan -
Berita

Kerajaan pertimbang cuti khas sebelum hari mengundi

Cuti tersebut bagi memudahkan pergerakan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November depan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pada kenduri rakyat Kampung Bohor Baharu, di Bera, Pahang sempena tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media pada kenduri rakyat Kampung Bohor Baharu, di Bera, Pahang sempena tempoh kempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini. Gambar: Bernama

Cadangan pemberian cuti khas sebelum hari pengundian bagi memudahkan pergerakan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dipertimbangkan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. 

Bercakap dalam sidang media selepas program Kenduri Rakyat di Kampung Bohor Baharu, Kuala Bera di Pahang hari ini, Ismail berkata cadangan itu pernah dibincangkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lepas.

“Kita tunggu sahaja jika ada pengumuman daripada saya (cuti khas)… kita akan kaji. Sejak mula bubar, kita dah bincang perkara ini, cuma timing itu, Insya Allah, tunggulah apa pengumuman yang penting, yang mungkin banyak lagi," katanya.

Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum khas untuk memudahkan pergerakan rakyat Malaysia ke lokasi mengundi pada 19 November ini.

Presidennya Adnan Mat berkata walaupun tarikh mengundi jatuh pada Sabtu, cuti umum tambahan sehari lebih awal itu wajar diberikan memandangkan ramai rakyat Malaysia tidak mengundi di lokasi mereka bekerja.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.