- Iklan -
Berita

Perlis larang kempen politik di masjid, surau

Jabatan agama negeri itu berkata calon atau aktivis parti hanya dibenarkan hadir ke masjid atau surau bagi tujuan beribadah.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menunggu khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad di Sepang.
Orang ramai menunggu khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad di Sepang.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) melarang pelaksanaan sebarang bentuk aktiviti berunsurkan kempen politik di masjid dan surau di negeri ini sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun Pengarahnya Najmuddin Abdul Karim berkata calon atau wakil calon dibenarkan hadir ke masjid dan surau untuk tujuan beribadah.

“Pihak masjid juga perlu memastikan apa-apa berkaitan dengan politik seperti bendera parti dan poster calon tidak boleh digantung di sekitar kawasan pagar masjid selain tidak membenarkan pengedaran risalah politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JAIPs boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap calon atau wakil calon yang melanggar arahan berkenaan.