- Iklan -
Berita

Hubungan GPS, PN masih baik, kata pemimpin Sarawak

Naib presiden PBB berkata tindakan PN bertanding di Sarawak adalah bersifat politik dan tidak bererti mereka menjadi lawan GPS.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sukarelawan memasang bendera Gabungan Parti Sarawak di Kota Samarahan menjelang pilihan raya pada 19 November depan. Gambar: Bernama
Sukarelawan memasang bendera Gabungan Parti Sarawak di Kota Samarahan menjelang pilihan raya pada 19 November depan. Gambar: Bernama

Hubungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) masih baik walaupun PN bertanding di empat kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Ini (tindakan PN bertanding di Sarawak) adalah politik, bukan bererti bila mereka (PN) bertanding di Sarawak mereka terus jadi lawan GPS.

“Malah sebelum Parlimen bubar kita pernah bersama PN (bentuk kerajaan di peringkat Persekutuan), perhubungan kita masih baik,” katanya selepas menghadiri sidang media Sarawak Fair 2022 di Kuching hari ini.

GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Abdul Karim berkata mengambil semangat demokrasi, GPS akan masuk gelanggang berdepan PN di empat kerusi Parlimen itu iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.

“Walaupun dengan hati yang berat kami akan berdepan dengan mereka (PN) dan kita akan beri ruang kepada pengundi di empat kerusi tersebut untuk menentukan pilihan mereka,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 November manakala pengundian awal 15 November.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.