PM diterima mengadap Sultan Johor
Pertemuan antara Ismail Sabri Yaakob dan Sultan Ibrahim berlangsung selama sejam di Johor Bahru.
Terkini
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di kediaman baginda di Johor Bahru hari ini.
Turut berangkat ke sesi menghadap itu ialah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, sesi mengadap itu diadakan bersempena lawatan perdana menteri ke Johor hari ini.
Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.
Ismail yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera hari ini menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, Ayer Hitam.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.