- Iklan -
Berita

Kes denggi naik 16% minggu lalu, 2 kematian direkodkan

Bagaimanapun, jumlah kawasan panas denggi menurun kepada 50 lokasi berbanding 56 pada minggu sebelumnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sukarelawan melakukan operasi pewasapan bagi membendung pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.
Sukarelawan melakukan operasi pewasapan bagi membendung pembiakan nyamuk Aedes di kawasan perumahan kos rendah di Kuala Lumpur.

Jumlah kes demam denggi pada minggu epidemiologi (ME) ke-44 tahun ini (ME44/22) meningkat sebanyak 233 kes atau 16% kepada 1,693 berbanding 1,460 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.

"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 51,262 kes berbanding 22,101 kes bagi tempoh sama 2021 iaitu peningkatan sebanyak 29,161 kes (131.9%)," katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 35 kematian akibat komplikasi denggi turut dilaporkan berbanding 17 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 18 kematian. 

Bagaimanapun, katanya jumlah lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME44/22 menurun kepada 50 berbanding 56 pada minggu sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 31 lokaliti hotspot berada di Selangor, Sabah (14 ), Kuala Lumpur dan Putrajaya (masing-masing empat) dan Melaka (satu).

Mengenai survelan chikungunya katanya, sebanyak 12 kes direkodkan pada ME44/22 dengan enam kes dari Pulau Pinang, Selangor (lima) dan Negeri Sembilan (satu).

"Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 682 kes," katanya.

Bagi survelan zika, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,739 sampel darah dan 16 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.