- Iklan -
Berita

Lagi negeri PH isytihar cuti umum sehari menjelang PRU

Setakat ini, tiga negeri telah mengumumkan 18 November sebagai cuti.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera parti politik memenuhi sebuah simpang jalan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Gambar: Bernama
Bendera parti politik memenuhi sebuah simpang jalan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Gambar: Bernama

Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan cuti khas pada 18 November bagi membolehkan orang ramai mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menjadi negeri ketiga mengambil langkah sedemikian.

Selangor dan Negeri Sembilan juga turut mengisytiharkan cuti umum pada hari yang sama, mengatakan ia akan membolehkan pengundi pulang ke kampung halaman bagi menunaikan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya.

Ketiga-tiga negeri tersebut diterajui Pakatan Harapan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman akan dibuat berhubung cuti umum sehari menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada 19 November depan.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi