- Iklan -
Berita

Calon PH di Padang Serai meninggal dunia

M Karupaiya yang merupakan penyandang kerusi itu meninggal dunia dua hari sebelum pengundian pada 19 November.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya. Gambar: Bernama
Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya. Gambar: Bernama

Calon Pakatan Harapan M Karupaiya bagi kerusi Parlimen Padang Serai meninggal dunia dua hari sebelum hari pengundian 19 November ini.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution turut mengesahkan kematian beliau dalam sebuah hantaran di Facebook. 

“Dengan rasa penuh hiba dan dukacita saya memaklumkan bahawa saudara M Karupaiya, mantan ahli Parlimen Padang Serai merangkap calon Pakatan Harapan telah meninggal dunia hari ini,” katanya.

Mendiang Karupaiya merupakan penyandang kerusi itu dan sepatutnya bersaing dalam pertandingan lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-15 menentang C Sivaraajh dari MIC, Azman Nasrudin (Bersatu), Hamzah Abdul Rahman (Pejuang) dan Mohd Bakri Hashim dari Warisan.

Pada 2018, beliau memenangi pertandingan tiga penjuru menentang Leong Yong Kong (MCA) dan Muhammad Sobri Osman (PAS) dengan majoriti 8,813 undi.