- Iklan -
Berita

PAS bimbang peratusan keluar mengundi rendah

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berharap semua pengundi dapat keluar mengundi lebih awal memandangkan beberapa negeri diramal mengalami ribut petir pada hari pengundian.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat persediaan sebelum hari pengundian awal di Ipoh. Gambar: Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya membuat persediaan sebelum hari pengundian awal di Ipoh. Gambar: Bernama

PAS melahirkan rasa bimbang mengenai kemungkinan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku hujan awal pagi pada hari pengundian Sabtu ini, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru beliau berharap semua pengundi dapat keluar mengundi lebih awal memandangkan beberapa negeri diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang pada hari berkenaan.

"Kita minta pengundi supaya keluar mengundi awal, jangan tunggu sampai petang kerana keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini. Saya harap sasaran 70% keluar mengundi seluruh negara dapat dicapai," katanya selepas menghadiri Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional di Dataran Kemahkotaan malam tadi.

Bernama hari ini melaporkan beberapa negeri diramal hujan bermula awal pagi Sabtu, iaitu hari pengundian PRU15 dengan ribut petir dijangka berlaku di seluruh negara pada sebelah petang.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Lim Ze Hui berkata antara negeri yang akan mengalami hujan pada awal pagi termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga ke barat Johor.

Sementara Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari berkenaan namun MetMalaysia tidak menjangkakan berlaku taburan hujan luar biasa bagi kedua-dua negeri berkenaan.

Bagi negeri-negeri di sebelah utara, cuaca dijangka baik di sebelah pagi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.