Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang.
Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama.
Md Yunus, 61, daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan ketua PAS Sungai Puteri.
Beliau juga merupakan bekas timbalan presiden Bola Sepak Rompin.
Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional).