- Iklan -
Berita

Kes harian turut ke paras 3,000 jangkitan, 5 lagi terkorban

27,711 kes aktif direkodkan di mana 92.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai terus memakai pelitup muka walaupun pemakaiannya tidak lagi wajib bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai terus memakai pelitup muka walaupun pemakaiannya tidak lagi wajib bagi mengelak jangkitan Covid-19.

3,037 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,963,216 kes.

Sebanyak 3,198 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,898,917.

Ketika ini, 27,711 kes aktif direkodkan di mana 25,737  atau 92.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,868 (6.7%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 106 kes dan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima lagi kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,588 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.