- Iklan -
Berita

KPN nafi hubungi Anwar supaya bersedia bentuk kerajaan

Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan pemimpin PKR itu 'tersilap kata dalam keghairahan’.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani melawat pusat pengundian di SK Desa Amanpuri, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani melawat pusat pengundian di SK Desa Amanpuri, Kuala Lumpur hari ini. Gambar: Bernama

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani hari ini menafikan dakwaan Presiden PKR Anwar Ibrahim bahawa beliau memberitahunya supaya bersedia untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

Dalam sebuah ceramah malam tadi, Anwar berkata  bahawa Pakatan Harapan (PH) dijangka memenangi lebih 112 kerusi di Parlimen.

Beliau turut mendakwa Acryl sudah menghubunginya untuk memberitahu supaya bersiap sedia untuk menubuhkan kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Gombak hari ini, Acryl berkata dakwaan tersebut tidak benar.

Bagaimanapun, beliau tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap ketua pembangkang itu.

“Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen,” katanya.

Anwar bertanding kerusi Parlimen Tambun di Perak menentang penyandangnya, Ahmad Faizal Azumu dari Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis bersetuju persaingan PRU15 kali ini adalah sengit, di mana tiada gabungan dijangka mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan sendiri.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.