- Iklan -
Berita

Peti undi dengan bendera Malaysia hiasi laman utama Google sempena PRU15

Lebih 20 juta pengundi berdaftar dijangka bakal memilih wakil rakyat bagi penggal akan datang.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Google meletakkan gambar peti undi dengan Jalur Gemilang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.
Google meletakkan gambar peti undi dengan Jalur Gemilang sempena Pilihan Raya Umum ke-15 hari ini.

Ikon peti undi pilihan raya dengan bendera Malaysia menghiasi paparan di laman utama Google Malaysia, semasa seluruh negara hari ini dilanda "demam" pilihan raya, bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengunjung ke google.com hari ini akan melihat paparan peti undi dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, ditempatkan di tengah perkataan Google, dan apabila paparan peti undi itu diklik, ia akan memaparkan penjelasan mengenainya.

"Pilihan raya umum Malaysia 2022, secara rasminya merupakan pilihan raya umum Malaysia ke-15, dijadualkan berlangsung pada 19 November 2022 untuk memilih ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia ke-15. Sebanyak 221 kerusi di Dewan Rakyat akan dipertandingkan semasa pilihan raya," menurut kenyataan penjelasan itu.

Malaysia mempunyai 222 kawasan Parlimen, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Padang Serai diadakan pada 7 Disember berikutan kematian penyandangnya merangkap calon Pakatan Harapan (PH-PKR) M Karupaiya Rabu lepas.

Lebih 20 juta pengundi berdaftar akan mengundi pada PRU15 hari ini untuk memilih wakil rakyat bagi kawasan masing-masing bagi tempoh lima tahun akan datang.

Turut berlangsung hari ini ialah pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Bugaya di Sabah, yang ditangguhkan berikutan pengisytiharan darurat bagi membendung pandemik Covid-19.

Pusat mengundi di Semenanjung Malaysia akan dibuka mulai 8 pagi, manakala di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan bermula pukul 7.30 pagi; dan pusat mengundi di semenanjung ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari dan 6 petang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.