- Iklan -
Berita

Istana tangguh tarikh akhir serah SD

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan waktu akhir serah nama kepada 2 petang esok.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Istana Negara di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama
Istana Negara di Kuala Lumpur. Gambar: Bernama

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melanjutkan tarikh akhir untuk parti politik mengemukakan akuan bersumpah (SD) berhubung calon pilihan perdana menteri kepada 2.00 petang esok.

Tarikh akhir itu pada mulanya ditetapkan pada pukul 2.00 petang hari ini, ketika pemimpin gabungan Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin itu sedang bersaing mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baru berikutan keputusan pilihan raya umum yang tidak muktamad pada Sabtu lalu.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, keputusan Agong ituadalah susulan daripada permintaan pemimpin parti politik serta gabungan yang diterima istana hari ini.

"Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal perdana menteri Malaysia ke-10 selesai," katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.