- Iklan -
Berita

Kes harian hampir 1,700 jangkitan, 10 lagi terkorban

26,578 kes aktif direkodkan di mana 24,573 atau 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih memakai pelitup muka di ruang tertutup walaupun pemakaiannya sudah dilonggarkan bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,672 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,990,431 kes.

Sebanyak 2,722 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,927,186.

Ketika ini, 26,578 kes aktif direkodkan di mana 24,573 atau 92.5% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,911 (7.2%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 94 kes dan 52 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

10 lagi kes kematian dicatatkan termauk dua kes kematian ketika tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,667 orang.