Pemangku Raja Pahang ucap tahniah kepada Anwar sebagai PM
Hantaran gambar baginda dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim lengkap berpakaian sut hitam itu turut disertakan tanda pagar slogan #reformasi yang sinonim dengan pemimpin itu.
Terkini
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdullah mengucapkan tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai perdana menteri ke-10 disertakan tanda pagar #reformasi yang menjadi slogan presiden PKR itu sejak lebih dua dekad lalu.
Ucapan tahniah itu turut disertakan gambar yang dimuat naik Tengku Hassanal di akaun rasmi Instagram baginda dipercayai selepas persidangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 hari ini.
"Dari banduan kepada perdana menteri, ianya satu perjalanan yang sukar untuk anda dan jalan seterusnya akan menjadi lebih mencabar.
"Syabas dan selamat maju jaya. @anwaribrahim_my #reformasi," tulis baginda di akaun Instagram, @this.7.
Pada petang 24 November lalu, pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Pelantikan tersebut turut menamatkan penantian seluruh rakyat Malaysia terhadap krisis politik selama lima hari sejak malam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November yang lalu apabila tiada mana-mana gabungan boleh membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.