- Iklan -
Berita

17 lagi korban ketika kes harian di paras 1,700 jangkitan

24,960 kes aktif direkodkan di mana 23,018 atau 92.2% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

1,737 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,992,168 kes.

Sebanyak 3,338 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,930,524.

Ketika ini, 24,960 kes aktif direkodkan di mana 23,018 atau 92.2% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 1,848 (7.4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 94 kes dan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

17 lagi kes kematian dicatatkan termasuk enam kes kematian ketika tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,684 orang.