Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Istana Kinta di Ipoh.
Sesi mengadap bermula kira-kira 10.50 pagi dan pertemuan itu berlangsung kira-kira sejam, selepas kenderaan Proton Perdana yang membawa Anwar dilihat keluar dari perkarangan Istana Kinta pada pukul 12 tengah hari.
Sesi menghadap Sultan Nazrin Shah itu yang pertama buat Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun, sejak pengerusi Pakatan Harapan itu dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November.
Selepas sesi mengadap itu, Anwar dijadualkan mengadakan sesi tinjauan mesra bersama warga Parlimen Tambun di Pasar Awam Tanjung Rambutan, menunaikan solat Jumaat, serta menghadiri Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, sebelum kembali ke ibu negara.