- Iklan -
Berita

Anwar pengerusikan mesyuarat khas Kabinet

Ia adalah mesyuarat pertama selepas barisan Kabinet diumumkan pada 2 Disember lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Gambar: Bernama
Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet kerajaan di Perdana Putra, Putrajaya.

Pada 2 Disember, Anwar mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio menteri kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua jemaah menteri itu bermula pukul 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 24 November lepas. 

Kebanyakan menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat berkenaan.