- Iklan -
Berita

Ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?

Ketua Setiusaha Perbendaharaan Asri Hamidin tidak kelihatan ketika sambutan Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan pagi tadi di Putrajaya.

Nur Hasliza Mohd Salleh
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga merangkap menteri kewangan tidak disambut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidin di Putrajaya pagi tadi. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga merangkap menteri kewangan tidak disambut Ketua Setiausaha Perbendaharaan Asri Hamidin di Putrajaya pagi tadi. Gambar: Bernama

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Asri Hamidin dikatakan sedang bercuti bermula hari ini serentak dengan waktu Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaporkan diri bertugas sebagai menteri kewangan, kata sumber. 

Asri juga tidak kelihatan dalam sambutan Anwar mengimbas kad perakam waktu (clock in) buat kali pertama pada pagi ini di Kementerian Kewangan, Putrajaya. 

"KSP tak sambut (Anwar). Beliau dicutikan. 

"Masa mesyuarat pertama Kementerian Kewangan, Anwar dah kata KSP akan ditukar," kata sumber terdekat di Putrajaya kepada MalaysiaNow. 

Asri dilantik pada 2020 tidak lama selepas Tengku Zafrul Aziz mula menerajui Kementerian Kewangan di bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.