- Iklan -
Berita

Kemenangan di Padang Serai bukti rakyat tolak penipuan PH-BN, kata Muhyiddin

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata rakyat tidak menerima penipuan PH-BN pada PRU15 yang disifatkan beliau sebagai ‘penipuan pilihan raya terbesar’ pernah berlaku dalam negara.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Padang Serai dan kekalahan tipis di Tioman semalam disebabkan rakyat kecewa dengan penipuan "kerajaan campuran" Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, undi yang diberikan di Padang Serai menunjukkan petanda positif buat gabungan itu yang mendapat "sokongan padu".

“Bagi saya, penipuan PH dan BN dalam PRU15 adalah ‘the biggest electoral fraud ever’ dan hari ini pengundi di Padang Serai dan Tioman memberi isyarat jelas mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti ini. 

"Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran yang diterajui oleh PH ini untuk mentadbir negara.

"Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU15, ramai penyokong kedua-kedua parti ini beralih arah menyokong PN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera PN yang menawan berjaya menawan kerusi Parlimen Padang Serai yang sebelum ini dimenangi disandang oleh PKR selama tiga penggal.

Calon PN, Azman Nasrudin, memperoleh 51,637 undi berbanding pencabar terdekat dari PH Mohamad Sofee Razak (PH) dengan 35,377.

Beliau mendapat kelebihan majoriti bergaya dengan 16,260 undi.

Sementara itu bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, calon BN Mohd Johari Hussain mempertahankan kerusi tersebut dengan 8,080 undi mengalahkan calon PN Nor Idayu Hashim dengan majoriti tipis 573 undi.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.