- Iklan -
Berita

Ahmad Maslan kembali dilantik sebagai timbalan menteri kewangan

Anwar Ibrahim mengumumkan senarai timbalan menteri selepas seminggu berdepan kontroversi kerana menamakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dinamakan sebagai salam seorang timbalan menteri kewangan.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dinamakan sebagai salam seorang timbalan menteri kewangan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan senarai lengkap timbalan menteri, selepas seminggu berdepan kontroversi menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalannya walaupun presiden Umno itu berdepan pelbagai pertuduhan rasuah.

Antara timbalan menteri untuk portfolio utama termasuk Ahmad Maslan dari Umno, yang kembali sebagai timbalan menteri kewangan, bersama Steven Sim dari DAP.

Kali terakhir Ahmad berkhidmat di bawah portfolio itu adalah ketika pentadbiran Najib Razak di mana beliau dikecam hebat kerana mempertahankan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan hujah cukai itu akan menurunkan harga barang.

Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dinamakan sebagai timbalan menteri bagi portfolio kemajuan desa dan wilayah, yang merupakan portfolio kedua Zahid selain menjadi timbalan perdana menteri.

Ahli Parlimen Beaufort Siti Aminah Acing dari Barisan Nasional (BN) pula adalah timbalan menteri perladangan dan komoditi, yang diterajui seorang lagi timbalan Anwar, Fadillah Yusof.

Terdapat juga beberapa nama daripada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dilantik semula namun di bawah kementerian berbeza.

Mereka termasuk bekas menteri pendidikan Teo Nie Ching yang kini dilantik sebagai timbalan menteri komunikasi dan digital, bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh pula dinamakan sebagai timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup dan bekas timbalan menteri pertahanan Liew Chin Tong yang kini bertukar portfolio perdagangan antarabangsa dan industri yang diterajui Tengku Zafrul Aziz.

Sementara itu, Lim Hui Ying dari DAP yang merupakan adik perempuan kepada bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, kini menjadi timbalan menteri pendidikan.

Berikut adalah senarai penuh timbalan menteri dalam Kabinet baru:

Kewangan

Ahmad Maslan

Steven Sim

(Menteri: Anwar Ibrahim)

Kemajuan Desa & Wilayah

Hajah Rubiah

(Menteri: Zahid Hamidi)

Perladangan & Komoditi

Siti Aminah Acing

(Menteri: Fadillah Yusof)

Pengangkutan

Hasbi Habibollah

(Menteri: Anthony Loke)

Pertanian & Keterjaminan Makanan

Chang Foong Hin

(Menteri: Mat Sabu)

Pembangunan & Kerajaan Tempatan

Akmal Nasrullah

(Menteri: Nga Kor Ming)

Miti

Liew Ching Tong

(Menteri: Tengku Zafrul Aziz)

Pendidikan Tinggi

Yusuf Afdal

(Menteri: Khaled Nordin)

Sains, Teknologi, Inovasi

Joseph Kurup

(Menteri: Chang Lih Kang)

Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat

Aiman Nafirah Sabu

(Menteri: Nancy Shukri)

Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup

Fuziah Salleh

(Menteri: Salahuddin Ayub)

Undang-undang & Reformasi Institusi

Ram Karpal Singh

(Menteri: Azalina Othman)

Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim

Hwang Tiong Si

(Menteri: Nik Nazmi)

Pembangunan Usahawan & Koperasi

Saraswathi Kandasamy

(Menteri: Ewon Benedict)

Luar Negeri

Mohd Al Amin

(Menteri: Zambry Kadir)


Pelancongan, Seni & Budaya

Khairul Firdaus Akhbar Khan

(Menteri: Tiong King Sing)

Komunikasi & Digital

Teo Nie Ching

(Menteri: Fahmi Fadzil)

Pendidikan

Lim Hui Ying

(Menteri: Fadhlina Sidek)

Belia & Sukan

Adam Adli

(Menteri: Hannah Yeoh)

Kesihatan

Lukanisman

(Menteri: Dr Zaliha Mustafa)

Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak)

Wilson Ugak Kumbong

Ekonomi

Hanifah Taib

(Menteri: Rafizi Ramli)

Pertahanan

Adly Zahari

(Menteri: Mohamad Hasan)

Kerja Raya

Abdul Rahmah Mohamad

(Menteri: Alex Nanti Linggi)

Dalam Negeri

Shamsul Anuar Nasarah

(Menteri: Saifuddin Nasution)

Sumber Manusia

Mustafa @ Mohd Yunus

(Menteri: V Sivakumar)