- Iklan -
Berita

Maghribi jadi negara Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia

Negara itu berjaya mengalahkan Portugal dengan satu gol pada perlawanan suku akhir semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penyokong meraikan kemenangan Maghribi ke atas Portugal semalam di Souq Waqif di Doha, Qatar. Gambar: AFP
Penyokong meraikan kemenangan Maghribi ke atas Portugal semalam di Souq Waqif di Doha, Qatar. Gambar: AFP

Maghribi menewaskan Portugal 1-0 sekali gus muncul negara Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain En-Nesyri pada minit ke-26.

Portugal yang ketinggalan cuba bangkit dengan mengasak pasukan lawan namun beberapa percubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Maghribi.

- Iklan -

Maghribi kemudian terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Walid Cheddira yang dimasukkan pada minit ke-65 dilayangkan kad merah tiga minit kemudian selepas menerima kad kuning kedua.

Pada minit ke-97 tandukan pemain pertahanan Pepe gagal membuahkah hasil dan kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat. 

Perlawanan itu juga menyaksikan bintang sensasi Cristiano Ronaldo beraksi untuk perlawanannya di pentas antarabangsa yang ke-196 menyamai rekod Bader Al-Mutawa dari Kuwait.

Pemain itu yang pada awalnya duduk di kerusi simpanan, sebelum dimasukkan pada minit ke-51 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Thumama.