Kementeri komunikasi, telco akan bincang untuk turunkan harga perkhidmatan
Fahmi Fadzil berkata kajian akan dibuat oleh syarikat telco bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.
Terkini
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi lebih murah.
“Saya sedang bincang dengan SKMM dan telco apa yang boleh kita buat untuk kurangkan kos. Ramai anak muda harapkan harga Internet dan talian lebih murah, jadi saya minta mereka kaji apa yang kita boleh lakukan sekarang.
“Mungkin dalam minggu yang akan datang saya ada pengumuman khas,” katanya dalam slot program ALFA yang bersiaran di Facebook Nasional FM hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran Che Roslan Che Daud.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.