- Iklan -
Berita

Mengapa ambil tindakan tak berperlembagaan? Muhyiddin soal Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional itu turut memberi amaran ahli-ahli Parlimen boleh dipaksa untuk menyokong pindaan Perlembagaan yang bertentangan dengan naluri mereka.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyelar perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani ketua-ketua gabungan untuk memastikan kerajaan campuran dipimpin Anwar Ibrahim bekekalan sebagai tidak berpelembagaan.

Muhyiddin berkata, MoU itu membuktikan perdana menteri tidak yakin dengan sokongan majoriti ahli-ahli Parlimen seperti didakwa diperolehinya.

“Sekiranya beliau yakin, maka tidak perlulah beliau mengambil tindakan yang tidak berperlembagaan ini,” katanya merujuk kepada klausa kontroversi dalam MoU yang menyatakan ahli-ahli Parlimen tidak boleh mengundi menentang kerajaan.

Semalam, Anwar mengetuai pemimpin Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Warisan menandatangani MoU yang dimeterai bagi memastikan kerajaan campurannya kekal berkuasa, di mana ia turut memasukkan klausa kontroversi mengatakan mana-mana ahli Parlimen daripada parti yang tidak menyokong usul kerajaan akan dianggap hilang kelayakan dan kerusi mereka akan dikosongkan bagi memberi laluan pilihan raya kecil diadakan.

MoU tersebut turut memasukkan, antara lain, klausa bahawa mana-mana ahli Parlimen yang tidak menyokong usul kerajaan akan dianggap sebagai hilang kelayakan, dan kerusi mereka akan dikosongkan untuk pilihan raya kecil diadakan.

Ia dimeterai menjelang usul undi percaya terhadap Anwar pada Isnin depan, menyatakan parti bertanggungjawab untuk memastikan ahli Parlimennya untuk tidak mengundi mengundi bercanggah dengan keputusan parti.

Klausa itu mengundang kritikan kerana merampas hak ahli Parlimen untuk mengundi secara bebas, selain mencetuskan kebimbangan ia melanggar undang-undang anti lompat parti yang jelas menyatakan bahawa ahli Parlimen tidak akan kehilangan kerusinya jika dipecat daripada partinya. 

Muhyiddin berkata tiada peruntukan dalam pindaan Perlembagaan Perkara 49 berkaitan undang-undang anti lompat yang menghalang ahli Parlimen daripada mengundi secara individu.

“Tidak ada mana-mana bahagian dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki seorang ahli Dewan Rakyat mengosongkan kerusinya jika beliau tidak menurut arahan parti dalam pungundian mana-mana usul atau rang undang-undang,” tambahnya.

Beliau memetik laporan jawatankuasa pilihan Parlimen mengenai undang-undang anti-lompat yang menyatakan bahawa ahli Parlimen yang bercanggah dengan pendirian partinya tidak boleh dianggap bertukar parti.

“Jawatankuasa bersetuju bahawa tindakan ahli Dewan Rakyat yang mengundi bertentangan dengan arahan parti politik di Dewan Rakyat (crossing the floor) adalah tidak dianggap bertukar parti dan tidak terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat,” kata penyata jawatankuasa tersebut.

Muhyiddin turut berkata berdasarkan dakwaan Anwar bahawa kerajaannya mempunyai majoriti dua pertiga, ahli Parlimen yang terjejas oleh MoU itu akan dipaksa untuk menyokong sebarang pindaan Perlembagaan.

“Sekiranya perjanjian persefahaman yang berunsur kediktatoran (dictatorial) ini dianggap sah, maka tidak mustahil pindaan Perlembagaan yang bertentangan dengan naluri (conscience) ahli-ahli Dewan Rakyat dan nilai masyarakat di negara ini akan diluluskan oleh Dewan Rakyat secara paksa.

“Rakyat Malaysia tentunya tidak mahu pilihan raya yang diadakan secara bebas, adil dan demokratik akhirnya menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak demokratik," tambahnya.