- Iklan -
Berita

Bayaran bantuan tunai rakyat bagi fasa pertama diawalkan, kata PM

Pengagihan bantuan itu akan bermula pada Januari 2023.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pperdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan bajet mini bagi peruntukan perbelanjaan untuk pegawai kerajaan di sidang Dewan Rakyat hari ini. Gambar: Bernama
Pperdana Menteri Anwar Ibrahim membentangkan bajet mini bagi peruntukan perbelanjaan untuk pegawai kerajaan di sidang Dewan Rakyat hari ini. Gambar: Bernama

Kerajaan Perpaduan bersetuju meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini dengan penambahan baik dari segi jumlah serta dipercepatkan tempoh pembayarannnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata ia termasuk Bantuan Tunai Rakyat yang akan diteruskan dengan pembayaran Fasa 1 mula disalurkan pada Januari 2023 berbanding Mac sebelum ini. 

“Bayaran Fasa 1 ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 ringgit untuk penerima bujang.

“Saya berharap, penyaluran awal ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat pada waktu ini,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 pada Persidangan Penggal Pertama, Parlimen ke-15 di sini hari ini.

Selain itu, kerajaan juga akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid pada Januari ini, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, selain Bantuan Kebajikan Masyarakat kepada isi rumah miskin, warga emas dan OKU juga diteruskan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.