Hujan dijangka berterusan di 4 negeri sehingga 22 Disember
Hujan lebat diramalkan berlaku di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor sehingga 22 Disember.
Terkini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor yang dijangka berlaku sehingga Khamis ini (22 Disember).
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan sangat lebat berterusan (peringkat bahaya) dijangka berlaku di Terengganu manakala hujan lebat berterusan (peringkat buruk) di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai serta di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.
Hujan berterusan peringkat waspada diramal berlaku di Gua Musang, Kelantan; Jerantut dan Maran di Pahang serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor.
MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah pada 23 hingga 24 Disember ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.