- Iklan -
Berita

Banjir semakin pulih, hanya 1 PPS masih dibuka di Terengganu

MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada walaupun situasi banjir semakin pulih.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Meru, Klang ketika banjir kilat baru-baru ini.
Seorang kanak-kanak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Meru, Klang ketika banjir kilat baru-baru ini.

Situasi banjir yang melanda beberapa negeri sejak akhir bulan lepas semakin pulih dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di Terengganu, pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 53 orang daripada 12 keluarga masih di PPS Masjid Kampung La di Besut, kekal seperti semalam. 

Semua mangsa berkenaan dijangka berada di PPS itu untuk tempoh yang lama berikutan kebanyakan rumah mereka rosak sepenuhnya akibat dihanyutkan arus banjir.

Sementara itu, jumlah penduduk di Sabah yang terkesan dengan fenomena air pasang besar dan ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berkurang kepada 652 orang dari 113 keluarga pagi ini berbanding 688 orang daripada 121 keluarga, malam tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) sebelum ini menasihatkan penduduk di negeri-negeri pantai timur agar kekal berwaspada walaupun situasi bencana itu semakin pulih, berikutan hujan lebat berterusan masih berpotensi berlaku kerana monsun timur laut belum berakhir hingga Mac 2023.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.