- Iklan -
Berita

Kes harian turun kepada 420 jangkitan, 4 lagi terkorban

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 609 kes kini berada di hospital.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki berjoging di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki berjoging di Taman Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur.

420 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,027,097 kes.

Sebanyak 547 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,978,369.

Ketika ini, 11,871 kes aktif direkodkan di mana 11,232 atau 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 609 (5.1%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 30 kes dan sembilan daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat lagi kematian dicatatkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,857 orang.