- Iklan -
Berita

Bangunan Wisma Jakel terbakar kali kedua

Kejadian terbaru itu berlaku beberapa hari selepas kebakaran pertama pada 1 Januari lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memadamkan api kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7, Shah Alam pada 1 Januari. Gambar: Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memadamkan api kebakaran di Wisma Jakel, Seksyen 7, Shah Alam pada 1 Januari. Gambar: Bernama

Wisma Jakel di Seksyen 7, di Shah Alam hari ini mengalami kebakaran kali kedua apabila bilik simpanan kain langsirnya terbakar tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan tersebut pada jam 12.40 tengah malam dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak pada 1.45 pagi.

“Api berjaya dipadamkan keseluruhannya oleh pihak bomba pada 3.07 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dilakukan. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

“Seramai 43 anggota dan pegawai ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Gedung tekstil terkemuka itu dilaporkan terbakar awal pagi 1 Januari lepas dan pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tersebut pada 7.08 pagi dan telah berjaya dipadamkan.

Susulan, itu bomba Selangor semalam telah menggerakkan Unit K9 bagi menjalankan kerja-kerja forensik untuk mengenal pasti punca insiden kebakaran di Wisma Jakel.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.