- Iklan -
Berita

PM pertahan langkah saring Covid-19 terhadap pelancong asing

Anwar Ibrahim berkata langkah itu adalah bagi mengutamakan kesihatan rakyat dalam negara.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya. Gambar: Bernama

Malaysia tidak mendiskriminasi mana-mana negara dalam menjalankan pemeriksaan Covid-19 terhadap pelancong yang tiba di negara ini, namun mahu memastikan kesihatan rakyat adalah keutamaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kawalan di pintu masuk negara oleh Jabatan Imigresen juga diperketatkan bagi memantau kemasukan rakyat asing ke Malaysia.

“Kalau kita lihat umpamanya kadar jangkitan (Covid-19) di China yang diuar-uarkan, ia tinggi dan kita juga tahu kadar kematian di Amerika Syarikat akibat Covid-19 juga tinggi, dan begitu juga beberapa negara lain.

“Jadi kita ambil tindakan untuk menyelamatkan rakyat kita, jadi sesiapa sahaja yang masuk (ke Malaysia) harus dipantau dan dikenakan syarat yang sama,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya hari ini. 

Anwar berkata dalam mesyuarat hari ini jemaah menteri juga berpendapat urusan pelancongan mahupun ekonomi tidak boleh mengatasi kepentingan negara dalam mengawal jangkitan sebarang wabak terhadap rakyat termasuk Covid-19.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.