- Iklan -
Berita

Sektor pertanian, agromakanan rugi RM111.95 juta akibat banjir

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu. Gambar: Bernama
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu. Gambar: Bernama

Sektor pertanian dan agromakanan mengalami kerosakan dan kerugian berjumlah RM111.95 juta akibat bencana monsun timur laut (MTL) yang berlaku bulan lepas.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Mohamad Sabu berkata laporan Pusat Pengurusan Bencana MAFS merekodkan kerosakan dan kerugian itu meliputi sekitar 24,700 hektar kawasan pertanian.

Beliau berkata kerosakan dan kerugian itu melibatkan 12,000 orang petani, penternak serta pengusaha agromakanan di seluruh negara.

“Bagi meringankan beban ditanggung, program MAFS Prihatin menyediakan 6,700 kit sedia untuk dimasak, 3,000 kit sedia untuk dimakan dan 1,000 kit kebersihan kepada komuniti angromakanan yang terjejas.

“Sumbangan tersebut melibatkan peruntukan RM1 juta sebagai menyantuni komuniti agromakanan yang terjejas akibat bencana di seluruh negara,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kit Bantuan Banjir kepada 350 warga MAFS Kelantan hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha MAFS Haslina Abdul Hamid.

Bagaimanapun, Mohamad berkata bekalan makanan negara masih terjamin.

"Bekalan makanan terjamin dan mencukupi kerana banjir hanya di pantai timur... di pantai barat tidak terancam sangat," katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.