- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 571 kes, 7 lagi terkorban

11,564 kes aktif direkodkan di mana 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai masih dilihat memakai pelitup muka di kawasan terbuka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

571 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,028,794 kes.

Sebanyak 696 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,980,364.

Ketika ini, 11,564 kes aktif direkodkan di mana 10,945 atau 94.6% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 581 (5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 38 kes dan 18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tujuh kematian dicatatkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,866 orang.