- Iklan -
Berita

Jangkitan harian catat 543 kes, 4 lagi terkorban

11,415 kes aktif direkodkan di mana 94.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berjalan kaki di pusat bandar Kuala Lumpur dengan memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19.
Orang ramai berjalan kaki di pusat bandar Kuala Lumpur dengan memakai pelitup muka bagi membendung Covid-19.

543 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 5,029,337 kes.

Sebanyak 688 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,981,052.

Ketika ini, 11,415 kes aktif direkodkan di mana 10,828 atau 94.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit ditempatkan ke pusat kuarantin sementara 554 (4.9%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 33 kes dan 14 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Empat kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu kekal sebanyak 36,870 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.